|
rambut bercabang?
Friday, January 21 | 8:54 PM | 2 Girly Says
my hair. okey. fake giler. nampak mcm sgt berkhasiat. shiny bgai. pdhal kering tayah nak cakap. ++ my rmbot now asyek bercabang. gugur x pun. i pun googling3. cari3 sedikit tip. ape itu rambut bercabang. meh, jenguk3. Hujung rambut bercabang dikenali sebagai trichoptilosis. Secara umumnya, hujung rambut yang rosak akan terbelah menjadi dua atau tiga sepanjang dua hingga tiga sentimeter. Ada yang terpaksa menutup kepala dengan topi bagi menyembunyikan masalah rambut tersebut.Rambut sebenarnya mempunyai gentian semula jadi dan protein. Ia juga akan kehilangan imunisasi semula jadinya untuk mengelakkan kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia. Seterusnya akan menyebabkan rambut kering, mudah putus dan bercabang-cabang. Keadaan akan bertambah teruk andainya mendandan rambut dengan individu yang kurang berpengalaman dalam teknik mengerinting atau pewarnaan rambut. Kerosakan pada rambut dan kulit kepala akan menjadi lebih buruk lagi. Menurut kajian, kira-kira 10 peratus remaja mengalami masalah rambut akibat daripada kesalahan pendandan rambut. Apabila rambut mula hilang gentian semula jadi dan protein, ia juga akan hilang imun semula jadinya. Ini seterusnya akan menyebabkan rambut yang kering, mudah putus dan bercabang-cabang. Apabila anda tidak cukup tidur atau dalam keadaan yang letih, rambut akan kekurangan nutrien. Rambut juga berkemungkinan menjadi bercabang, hilang kekenyalannya dan mudah putus. Kita juga tidak perlu menyisir rambut terlalu kuat. Rambut yang strukturnya lebih halus mudah rosak dan bercabang akibat aktiviti mengerinting rambut atau teknik meluruskannya. Bagaimanapun, ramai remaja tidak menghiraukan kesannya untuk cantik dan mengikut aliran gaya rambut semasa. Mereka dinasihatkan agar mengetahui terlebih dulu keadaan rambut sebelum menggunakan sebarang kimia atau teknik bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan. Misalnya, jika jumlah rambut mereka terlalu sedikit, sebaiknya jangan kerintingkan rambut kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan rambut. Sekiranya ingin mewarnakan rambut, pastikan anda melakukan rawatan rambut atau segera berjumpa pakar apabila rambut gugur terlalu banyak. * diambil dri : laman petua sukma * Bahan-bahannya: - Daun inai - Sedikit air Caranya: - Ambil daun inai kira-kira dua genggam - Tumbuk sehingga lumat . - Campurkan dengan sedikit air - Sapukan keseluruh kulit kepala dan rambut - Biarkan selama setengah jam kemudian cuci rambut seperti biasa ** diambil dri petua lama ** method 1 : amik daun pinang,ramas3 + garam kasar + air. then sapu dekat rambut anda. bia selama 30min. basuh dan bilas. method 2 : sama seperti diaats. ****lepas tu jumpe satu blog. cahaya cinta**** tapi y nie bnyk sikit sal rmbot y bermsalah. lebatkan rambot : ambil lidah buaya - dia punye jel putih tu - kisarkan. sapu dekat rmbot selama beberapa jam. kemudian bilas. lakukan 2x a week. utk rambot berbuah : boleh guna same as care utk rmbot bercbg. rambot gugur : gunalah kcg hijau - rendam semalaman - guna air rendaman tu dan urut di kepala. picit3 kulit kepala. lampiran : Tip menjaga rambut - Santan. Khasiatnya memang terkenal untuk melembut dan melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap setengah jam. - Minyak kelapa yang dibuat sendiri juga elok untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Caranya perah santan daripada dua atau tiga biji kelapa tua. Ambil yang pekat sahaja (dua kali perahan). Kemudian jerang di dalam kuali besar tebal. Sebaik-baiknya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sangat lama (hampir sehari). Kemudian biarkan ia sejuk dan baru dilumur pada kepala. - Minyak bijan juga elok untuk melebatkan dan menghitamkan rambut. Agar lebih harum, minyak dicampurkan dengan bunga melati atau daun pandan. Bagi mengelakkan rambut hapak, pastikan sisa minyak telah dibasuh sebersih-bersihnya. mse nie tahun lepas. kering gle kan rambot i. rase nak ptg bg botak. :D nota kaki :sayangilah rambot anda. bukan utk y free hair saje, malah utk mereka y memakai tdung jua sekali. Labels: i'm love it, kehidupan |